fbpx

Rouxin enggan sia-siakan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROUXIN (kanan) dan Hoe Yean akan menggalas cabaran skuad renang negara di Olimpik Paris bermula 26 Julai ini.

MELANGKAH ke pentas Sukan Olimpik sentiasa menjadi idaman buat semua atlet untuk mencatat keputusan terbaik dan itu yang dirasai perenang wanita 18 tahun negara, Tan Rouxin.

Perenang kelahiran Johor itu enggan mensia-sia peluang terhidang dan tekad menggunakan kelebihannya untuk tampil cemerlang bersaing dengan perenang kelas dunia di Paris bulan ini.

Biarpun beraksi atas tiket wildcard, namun Rouxin sangat gembira kerana tahun lalu dia tidak pernah terfikir mampu melayakkan diri ke temasya berkenaan.

“Malah tahun ini juga saya tidak terfikir akan melayakkan diri sehinggalah saya mendapat slot ini, memang sangat terkejut.

“Sampai sekarang saya masih tidak percaya dapat ke Olimpik, memang kurang yakin tapi jurulatih beritahu saya juga mempunyai kekuatan tersendiri.

“Saya rasa ia satu pengalaman indah buat saya dapat pergi ke Olimpik. Saya bangga dapat wakil Malaysia dan berjanji memberikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Rouxin yang beraksi dalam acara 100 meter (m) kuak dada berharap dia mampu memecahkan catatan peribadi terbaik di Paris iaitu 11.2 saat (s) yang dilakukannya dua tahun lalu.

“Saya juga akan kekal dengan pendekatan tersendiri apabila berada di sana iaitu mendengar muzik, tidur awal, lakukan yoga untuk menghilang tekanan.

“Saya sentiasa berkata kepada diri sendiri, sentiasa yakin dan berikan yang terbaik dalam latihan,” katanya.

Selain Rouxin, turut layak ke Olimpik dalam acara renang ialah Khiew Hoe Yean yang akan beraksi dalam acara 400m gaya bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI