fbpx

Restoran Tosca di DoubleTree Hilton Shah Alam i-City penuhi selera peminat makanan Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cef menyediakan menu unik masakan Itali yang diubahsuai untuk memenuhi selera pelanggan tempatan.

PETALING JAYA- Tosca Trattoria Italiana, sebuah restoran Itali terkenal di Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menawarkan  menu baharu yang memfokuskan kepada rasa asli Tosca yang segar bagi memenuhi keperluan peminat makanan popular tersebut.

Menurut kenyataan hotel berkenaan, idea pemghasilan menu baharu di bawah pimpinan  Chef De Cuisine Bill Quah sebagai Ketua Cef baharu di restoran berkenaan bakal membawa pengalaman menarik kepada para tetamunya untuk menikmati hidangan istimewa seperti Keju Burrata Salai.

Hidangan mewah itu diadun dengan begitu teliti dengan menggunakan bahan-bahan segar yang pastinya memberi kelainan menjamu selera bersama ahli keluarga dan juga orang tersayang.

“Kami juga memperkenalkan menu piza baharu iaitu Pepperoni Di Manzo Pizza yang dibuat menggunakan pepperoni daging lembu dengan toping yang seimbang.

 

“Terdapat juga menu baharu yang lain seperti Vitello Alla Milanese yang merupakan hidangan klasik Itali yang mempamerkan potongan daging lembu berlapis roti yang digoreng hingga menjadi warna keemasan dan juga Pollo Al Tartufo yang merupakan hidangan ayam lembut diselitkan dengan aroma tanah truffle.

“Menu Spaghetti Al Nero Di Seppia pula menampilkan spageti dakwat sotong dengan sos masin dengan  Tosca Seafood Grill yang merupakan pelbagai jenis makanan laut yang dipanggang dan juga Aglio Olio di Gamberi yang dihidangkan dengan spageti, udang harimau dan sedikit cili merah,” katanya.

Tambah kenyataan hotel itu, Tosca turut menawarkan pilihan yang menarik dan pelbagai kepada vegetarian dan  tetamu yang mengikut diet tertentu atau memiliki alahan.

Menu baharu Tosca ini merupakan hidangan yang mesra kanak-kanak dan ia bersesuaian untuk dinikmati bersama dengan ahli keluarga dalam suasana restoran yang selesa dan menarik. 

Selain itu, bagi menjamin kualiti hidangan masakan, Tosca mengimport bahan-bahan premium seperti daging rusuk mata Angus, Keju Gorgonzola dan roda Parmigiano Reggiano Parmesan selain sayur-sayuran dan bahan-bahan yang ditanam segar.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI