fbpx

Ramai pemandu beri alasan tiada duit, masa nak ambil lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan diperiksa menerusi Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) di Plaza Tol Karak, Bentong, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kekangan dari sudut kewangan dan masa untuk membuat lesen antara alasan diberikan segelintir pemandu ketika ditahan penguat kuasa di Plaza Tol Karak, Bentong, kelmarin.

Menerusi Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) yang dijalankan bermula pukul 7 pagi, sebanyak 57 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, dua pemandu turut disaman apabila didapati tidak memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

“Ketika disoal, pemandu ini memberi alasan masalah kewangan dan tiada masa untuk ambil lesen.

“Selain itu, antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada pemandu kedua (2 kes), cermin retak (6 kes), cermin gelap (5 kes), langgar syarat pengendali (1 kes), kesalahan teknikal (21 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, 20 kenderaan perkhidmatan awam juga telah diberi notis arah periksa.

Tambahnya, operasi ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan pelancongan dan kenderaan perkhidmatan awam termasuk pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah- Kaedah di bawahnya.

Jelasnya, sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau pun http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan aduan lengkap.

Sebelum ini, media melaporkan operasi bersepadu besar-besaran terhadap bas persiaran di seluruh negara akan dilaksanakan bermula 2 Julai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut bagi mengesan sebarang salah laku dan ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas persiaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI