PETALING JAYA – Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.43 Nenggiri 17 Ogos depan.
Ketua Sekretariatnya, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat yang berlangsung pada 9 Julai yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya mesyurata itu turut dihadiri oleh Pimpinan Tertinggi mewakili Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
“Pimpinan kedua-dua parti, memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon Barisan Nasional yang mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE