fbpx

Perlis, Langkawi dilanda hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 10 pagi hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk melibatkan beberapa tempat di Perlis dan Langkawi, Kedah.

“Cuaca sama diramalkan di Sarawak iaitu Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau).

“Beberapa kawasan di Sabah juga turut diramal cuaca yang sama iaitu di Telupid, Kinabatangan dan Sandakan,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI