fbpx

Perincian RUU Mufti diserahkan kepada pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir pada majlis perasmian program Global Madani Forum 2024 di Hotel Sunway Putra. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyerahkan perbincangan mengenai perincian Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) kepada golongan pakar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU itu sedang dibincangkan termasuk mendengar pandangan pakar-pakar sebelum dirujuk kepada Majlis Raja-Raja yang dijangka diadakan pada minggu hadapan.

“Tidak ada pertikaian soal Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita rujuk kepada Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi, Hambali dan pandangan-pandangan lain.

“Cuma kadang-kadang perincian itu ada dibincangkan jadi saya serah kepada pakar-pakarnya dan kemudian akan dirujuk mungkin kepada Majlis Raja-Raja minggu depan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Global Madani Forum 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang tidak berkenan apabila nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) tersebut.

Terdahulu, pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar membentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat berhubung tiga RUU membabitkan hal ehwal Islam di negara ini.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 merangkumi RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Menerusi RUU Mufti itu juga menyenaraikan berhubung penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh mufti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI