fbpx

‘Pergi’ bersama nota mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang tukang cuci warga asing ditemui mati pada palang buaian di sebuah taman permainan di Dengkil, di sini pagi tadi.

Lebih menyayat hati, turut ditemui bersama mangsa sekeping nota minta maaf dipercayai ditujukan kepada ahli keluarganya.

Menurut nota itu lagi, si mati menyatakan dirinya tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas tindakannya itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi di Taman Baiduri itu, orang awam menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa pada palang buaian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 27 tahun itu tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian dan bekerja di sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa juga dipercayai menghidap penyakit kronik berdasarkan semakan rekod perbuatan di sebuah klinik swasta.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Cyberjaya untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI