fbpx

Penjawat awam ditemui mati dalam kereta ketika bercuti di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua wanita ditemui sudah berbau dan kembung dalam kereta jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Satu daripada dua mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam di sini semalam merupakan penjawat awam.

Perkara itu disahkan salah seorang waris kepada mangsa berusia 32 tahun di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.

Menurut abang mangsa yang enggan dikenali, adik keempat daripada lima beradik itu dipercayai datang ke negeri ini dari Seremban, Negeri Sembilan untuk bercuti.

“Adik datang dengan rakannya berusia 25 tahun. Kali terakhir kami bertemu pada dua minggu lalu. Masing-masing kami tinggal berasingan.

“Adik tak beri apa-apa tanda yang dia mahu tinggalkan kami,” katanya ringkas kepada Kosmo! di sini.

Dalam pada itu katanya lagi, dia dimaklumkan mengenai kejadian berlaku selepas anggota polis menghubungi salah seorang adiknya semalam.

“Kami bergegas ke sini (Pulau Pinang) dari Seremban malam tadi. Mayat akan dibawa pulang ke kediaman di Seremban sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan,” ujarnya.

Terdahulu, tinjauan Kosmo! di pekarangan luar Unit Forensik Hospital Seberang Jaya mendapati ahli keluarga kedua-dua waris sedang menunggu proses bedah siasat yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi memberitahu, setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan penemuan mayat dua wanita dalam keadaan sudah berbau dalam sebuah kereta malam semalam.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya ketika itu ditemui orang awam dan kemudiannya melaporkannya kepada pihak polis, kira-kira pukul 7.40 malam tadi

Hasil pemeriksaan pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Perda mendapati kedua-dua mayat yang ditemui di bahagian tempat duduk hadapan itu sudahpun kembung dan berbau busuk.

Difahamkan, berkemungkinan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia lebih lima hari lalu. Turut ditemui adalah nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di bahagian papan pemuka (dashboard) kereta terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI