fbpx

Pemandu maut tersepit bawah treler besi buruk terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah treler membawa besi buruk yang terbalik ketika melalui selekoh di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas treler muatan besi buruk yang dia pandu hilang kawalan sebelum terbalik ketika melalui selekoh di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Faiz Tarmizi, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di bawah treler jenis Volvo, manakala kelindan berusia 33 tahun pula cedera.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, lori muatan besi buruk itu sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

“Pemandu treler itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala kelindan kenderaan tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI