fbpx

Pemandu lori pula ditahan kes buli Esha di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Esha ketika sering memuat naik video dan membuat siaran langsung menerusi TikTok

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh, Rajeswary Appahu, 30, atau Esha.

Tangkapan kedua ini melibatkan warga tempatan berusia 44 tahun di Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, tangkapan ke atas lelaki tersebut dibuat pada pukul 6.30 petang.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana kelakuan aib,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita berusia 35 ditahan bagi membantu siasatan kes sama di Rawang, Selangor pada awal pagi isnin.

Semalam, reman terhadap wanita tersebut dilanjutkan sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, polis sudah merakam percakapan sembilan saksi dan akan juga individu lain sekiranya perlu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI