fbpx

Pemandu lori disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESHA

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan selepas disyaki melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh, Rajeswary Appahu, 30, atau Esha, direman selama selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, tempoh reman terhadap pemandu lori itu bermula hari ini.

“Reman (suspek) empat hari. Bermula hari ini sehingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan suspek kedua berusia 44 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kes disiasat di Setapak, di sini, semalam.

Tangkapan terhadap lelaki berkenaan dilakukan sekitar pukul 6.30 petang.

Kes diasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).

Terdahulu, seorang wanita berusia 35 ditahan bagi membantu siasatan kes sama di Rawang, Selangor, awal pagi isnin.

Semalam, reman bagi wanita tersebut dilanjutkan sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, pihak polis telah merakam percakapan sembilan saksi dan akan merakamkan keterangan mana-mana individu jika perlu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI