fbpx

PAC tidak sebut eleman rasuah dalam HRD Corp – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah menyebut mengenai berlakunya elemen rasuah dalam pentadbiran Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Susulan itu, peguam, Amrit Pal Singh berkata, semua pihak perlu berlapang dada dan membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu dengan penuh professional bagi mencapai tujuan disasarkan.

“Ini tidak, baru sahaja SPRM kunjungi pejabat HRD Corp, ramai yang buat pelbagai tanggapan walaupun PAC tidak pernah sebut elemen rasuah atau salah guna kuasa oleh pengurusan mereka.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya suka ingatkan bahawa prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.

“Kita tak boleh ‘hukum’ mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sebelum ini, pegawai penyiasat SPRM telah berkunjung ke pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin, Kuala Lumpur bagi mendapatkan dokumen berkaitan.

Pada masa sama, SPRM turut mengesahkan belum ada saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan isu HRD Corp.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya tidak menafikan akan memanggil saksi-saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan.

Katanya, fokus siasatan adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Khamis lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, KESUMA disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Sementara Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pula mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI