fbpx

Negara rugi lebih RM25 bilion akibat kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Negara menanggung kerugian lebih RM25 bilion tahun lalu akibat kemalangan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Anthony Loke, jumlah anggaran kerugian itu mewakili 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding anggaran kerugian pada tahun terdahulu,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) berhubung kerugian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun dan langkah efektif diambil bagi mengatasi masalah itu.

Terdahulu, Anthony Loke berkata, anggaran itu berdasarkan statistik kematian dan kecederaan parah dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP)

Menurut beliau, langkah efektif dijalankan bagi mengatasi itu dengan Kementerian Pengangkutan (MoT) membangunkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022- 2030 (PKJRM 2022-2030)

Jelas beliau, penetapan PKJRM 2022-2030 untuk mencapai pengurangan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sekurang-kurangnya pada kadar 50 peratus menjelang 2030.

Tambah beliau, sasaran itu selaras dengan seruan dan sasaran Resolusi 74/299 Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, katanya, kerajaan sedang meneliti pelaksanaan pembangunan berasaskan konsep Transit Oriented Development (TOD)

“Ia bermatlamat mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian selain menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI