fbpx

Nasib baik tak kena kepala, peluru berpandu terbang rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru berpandu dipercayai Kalibr itu meluncur rendah dan dipercayai menuju ke arah bandar raya Kiev di Ukraine. - East2West

MOSCOW – Sekumpulan nelayan mengalami detik cemas apabila beberapa peluru berpandu kruz milik tentera Russia terbang rendah berhampiran mereka, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Video kejadian dirakam oleh nelayan-nelayan tersebut ketika mereka  menangkap  ikan di Laut Caspian, kira-kira 1,609 kilometer dari Ukraine.

Peluru berpandu dipercayai Kalibr itu meluncur rendah dan dipercayai menuju ke arah bandar raya Kiev di Ukraine.

“Peluru berpandu terbang ke arah kami,” kata salah seorang nelayan dalam video tersebut.

“Saya berasa kagum,” kata individu lain.

Tentera Russia menggunakan peluru berpandu kruz altitud rendah dalam usaha  mengelak daripada dipintas oleh sistem pertahanan udara Kiev.

Isnin lalu, askar Moscow melancarkan serangan ke atas hospital kanak-kanak di Kiev yang menyebabkan sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI