fbpx

MotoGP: Pecco yakin kekal kejuaraan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA mengakui semakin serasi dengan jentera GP24 menyebabkan keyakinannya melonjak untuk mempertahankan gelaran juara dunia. - AFP

SACHSENRING, JERMAN – Juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia memberi amaran bahawa dia semakin selesa dengan jentera Desmosedici GP24 sekali gus memberi keyakinan mengenai potensinya untuk melakar gelaran dunia ketiganya musim ini.

Bagnaia muncul juara di GP Jerman pada Ahad lalu selepas memanfaatkan insiden kemalangan membabitkan pesaing terdekatnya, Jorge Martin dari Pramac yang terjatuh di selekoh pertama pada pusingan kedua terakhir.

Hasil keputusan tersebut, Bagnaia kini memimpin carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 222 mata dan meninggalkan Martin di kedudukan kedua dengan perbezaan 10 mata.

“Saya tidak peduli apa yang orang katakan, saya hanya cuba melakukannya dan saya cuba memperbaiki perasaan saya pada jentera 2024 ini.

“Setiap perasaan itu menjadikan prestasi kami lebih baik dan lebih baik pada setiap sesi bermula pada hari Jumaat.

“Jadi, anda boleh melihat dengan jelas apabila seseorang melakukan kerja yang lebih baik dia akan tambil dengan cemerlang pada perlumbaan. Seperti Martin, dia sangat kuat di selekoh 8 dan Marc Marquez sangat kuat terutama di selekoh 7.

“Saya pula sangat kuat pada selekoh 9, 10 , 11. Jadi, dengan data-data yang kita ada ini menjadikan langkah pasukan Ducati akan jadi lebih mudah untuk membuat perubahan pada jentera,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI