fbpx

Model kerja Herbalife lebih fleksibel pastikan pengedar capai kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Herbalife menyediakan sokongan daripada aspek bimbingan latihan, peralatan dan juga platform digital kepada usahawannya untuk membolehkan mereka berjaya dalam bidang tersebut. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dalam menghadapi trend rakyat Malaysia yang cenderung menambah pendapatan utama dalam keadaan ekonomi yang semakin sukar sekarang, Herbalife bersedia membantu kumpulan tersebut.

Ini dilihat daripada pertambahan jumlah individu beralih kepada pekerjaan sampingan, kerja bebas dan mencari peluang kepada bidang  keusahawanan untuk mendapatkan kestabilan kewangan.

Ia seiring dengan trajektori Malaysia yang bergerak ke arah negara berumur menjelang 2043 dengan landskap pekerjaan cenderung ke arah ekonomi gig dan pekerjaan sendiri.

Sehubungan itu, Pengarah Kanan Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, pihaknya menawarkan model kerja yang fleksibel sehingga membo­lehkan orang ramai memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan modal serendah RM100 dan tidak terikat pada lokasi atau waktu tertentu.

“Model perniagaan kami disesuaikan mengikut gaya hidup semua orang. Bukan itu sahaja, model perniagaan kami juga sesuai untuk individu yang ingin menikmati pekerjaan sedia ada mereka selain mencari pendapatan tambahan.

“Fleksibiliti yang kami tawarkan adalah bertujuan untuk memastikan kejayaan mereka setanding dengan usaha yang mereka laburkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Chin berkata, pihaknya ­menyediakan para pengedar dan usahawan yang bercita-cita tinggi dengan alat, pengetahuan dan sokongan perniagaan yang mereka perlukan untuk mengatasi masalah sumber yang terhad, kemahiran serta keadaan ekonomi yang mencabar.

Tambah beliau, Herbalife turut menyediakan program latihan yang meliputi pengetahuan produk, kemahiran perniagaan dan kewangan serta memperkasa mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan jayanya.

Katanya, Herbalife sentiasa komited untuk memastikan kelestarian dan pertumbuhan model perniagaan dalam landskap ekonomi tempatan yang berubah-ubah de­ngan sentiasa memperbaharui tawaran produk, memanfaatkan teknologi untuk menyokong para pengedar dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih hijau.

“Kami turut melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk memperkenalkan produk baharu yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.

“Kami juga menyediakan alat dan platform digital kepada pengedar dengan sumber yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan cekap dan lancar serta membo­lehkan mereka mencapai per­luasan pasaran yang lebih luas.

“Ini membuktikan komitmen kami terhadap kualiti model perniagaan kami untuk kekal kukuh dan responsif terhadap perubahan pasaran,” jelas Chin.

Beliau juga berkata, komitmen syarikatnya yang menyediakan produk yang cemerlang, latihan yang komprehensif, persekitaran yang menyokong dan peluang mudah akses bagi memupuk keusahawanan adalah perbezaan antara Herbalife dengan syarikat-syarikat lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI