fbpx

Menara wang tunai 8 tingkat jadi hadiah ulang tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATTA menghadiahkan 'timbunan' wang tunai kepada isterinya sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-26.

PETALING JAYA – Sebagai simbolik cinta dan kasih sayang tiada tandingan, pempengaruh popular Indonesia Atta Halilintar menghadiahkan setimbun wang tunai kepada isteri iaitu Aurel Hermansyah sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-26, semalam.

Lebih mengujakan, wang tersebut susun dan dibentuk menjadi beberapa replika seperti beg tangan, jambangan bunga dan sebuah menara lapan tingkat.

Kata Atta, di sebalik simbolik penghargaan buat isterinya yang meraikan ulang tahun kelahiran, wang tunai tersebut juga dapat memudahkan wanita itu untuk mendapatkan barangan dikehendakinya.

Atta turut mengharapkan agar pemberian tersebut dapat menghiburkan hati si isteri agar tidak berasa tertekan dengan komen negatif netizen.

“Saya memberinya duit sahaja kerana bimbang jika dibelikan barangan lain, lain pula yang diminta.

“Diharapkan agar hadiah ini secara tidak langsung membahagiakan dia dan tidak terlalu memikirkan pandangan negatif di media sosial.

“Selain dapat membeli hadiah, wang tersebut turut boleh diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Terdahulu Aurel sering menjadi mangsa buli siber apabila bentuk tubuhnya sering menjadi kritikan netizen.

Bukan sahaja itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2021 itu dikatakan tidak mendapat restu keluarga.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN