GEORGE TOWN – “Keadaan adik masih sama.Tiada perubahan”.
Demikian menurut Nurain Hasnorizal,25, apabila ditanya mengenai keadaan terkini anak keduanya, Muhammad Luth Syauqi, dua tahun selepas lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).
Dalam kejadian Ahad lalu, dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, tiga tahun dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi termakan makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.
Anak sulung Nurain, Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi semalam selepas 78 jam bertarung nyawa di PICU, HPP.
Muhammad Luth Syauqi, pula sehingga kini masih dalam keadaan kritikal. -KOSMO! ONLINE