fbpx

MAIS sudah terima kenyataan bertulis Ustaz Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ DON DANIYAL

PETALING JAYA – Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan sudah menerima kenyataan bertulis Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berhubung fakta ceramah agama yang dilakukannya sebelum ini.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kenyataan bertulis pendakwah itu telah diterima pada 9 Julai lalu.

“Jawatankuasa tauliah telah menerima pada hari Selasa baru-baru ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Shahzihan tidak mengulas lanjut ketika ditanyakan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil susulan sudah menerima surat tersebut.

Sementara itu, pengurus Don Daniyal, Anna turut memaklumkan bahawa pihaknya sudah menghantar dokumen yang diminta kepada JAIS.

“Kami sudah menghantarnya. Selebihnya boleh bertanyakan kepada pihak JAIS, terima kasih,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Don Daniyal terkait kontroversi melibatkan kandungan ceramah sirah nabi.

Susulan itu, pada 21 Jun lalu, JAIS mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid dan surau untuk menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal untuk sebarang acara.

Kemudian, pada 27 Jun lalu Kosmo! Online melaporkan Don Daniyal diberikan tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Langkah tersebut dilakukan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI