fbpx

Lima individu dirakam keterangan kes jajan racun tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol. (Gambar kecil) jajan beracun tikus.

ALOR SETAR – Polis mengambil keterangan lima individu berhubung kes dua kanak-kanak termakan makanan ringan mengandungi racun tikus sehingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, keterangan diambil sejak hari kejadian pada Ahad lalu bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun di Lubuk Buntar, Serdang dekat sini pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Polis memperoleh tahanan reman selama enam hari ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

“Selain mati mengejut (SDR) sebelum ini, kita juga menyiasat mengikut dua seksyen tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Pelupusan Barang Kes Trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Menyentuh tentang perkembangan seorang lagi mangsa, katanya, kanak-kanak berusia dua tahun itu masih dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI