fbpx

Liga M: KL City mungkin tinggal sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALID

KUALA Lumpur City berisiko ‘gulung tikar’ sekiranya kemelut dalaman terus dan isu tunggakan gaji terus berlarutan sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Selepas pendedahan pemain naturalisasi negara, Paulo Josue yang tidak menerima gaji sejak Januari lalu, KL City turut berdepan kemungkinan hilang bintang utama pada jendela perpindahan pemain kedua pada 26 Ogos hingga 22 September.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, berkata beliau mahu menjauhkan KL City daripada unsur ‘gerakan politik dalaman’ sekali gus mengelak The City Boys hancur dan sekadar menjadi sejarah dalam kamus bola sepak tempatan.

Khalid juga begitu menghormati Josue yang menyerahkan jiwa raganya kepada KL City walaupun sedang dihimpit isu tunggakan gaji hingga terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan wang simpanan.

“Mungkin berlaku (penutupan KL City) kalau masalah tidak diatasi. Biarlah berpolitik pada tempatnya. Kalau benda ini berterusan, kemungkinan (hilang pemain) juga boleh berlaku.

“Jadi, benda-benda seperti ini yang kita kena ambil kisah. Saya risau jika hal ini berterusan, KL City sudah tidak ada orang (pemain).

“Kalau Paulo pun sudah mengeluh, apatah lagi pemain lain yang kini masih berdiam dan mengharapkan ada yang ambil peduli,” katanya yang melepaskan jawatan selaku presiden KLFA, Mac lalu.

Bagaimanapun, mantan Menteri Wilayah Persekutuan itu turut menjelaskan KL City masih belum menerima dana RM5 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dijanjikan.

“KL City patut dihargai, bukannya melukut dan merayu. Kelab ini ada rekod baik dan merit cemerlang, jadi saya rasa patut ada sokongan padu.

“Ketika ini (dana RM5 juta daripada DBKL) masih jadi tanda tanya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI