fbpx

Pakai uniform tentera mahu tarik perhatian di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki 20 tahun ditangkap selepas dipercayai menyamar sebagai anggota tentera dan memiliki pakaian seragam pasukan keselamatan itu semalam.

IPOH – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang memakai pakaian seragam tentera ditahan kerana menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu semalam.

Tangkapan terhadap lelaki tempatan itu dibuat di kawasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 9.30 pagi susulan aduan daripada seorang lelaki berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa berada di hospital, pengadu yang juga anggota tentera terserempak dengan suspek yang memakai pakaian lengkap tentera namun tatacara pemakaiannya salah.

Pengadu kemudian menghampiri suspek dan meminta lelaki itu menunjukkan kad pengenalan tentera namun lelaki itu gagal berbuat demikian sebaliknya hanya menunjukkan kad pengenalan berwarna biru.

“Pengadu kemudian menahan suspek dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.

“Tangkapan semula dibuat ke atas lelaki itu dan beberapa barang kes dirampas termasuk baju uniform, kasut taktikal hitam, kemeja-T dan tali pinggang kancas hitam berkepala besi,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, suspek memberitahu dia memakai pakaian seragam tentera di hospital kerana mahu menarik perhatian orang ramai selain minat untuk menjadi anggota tentera.

“Suspek juga memaklumkan bahawa pakaian seragam tentera yang dipakainya itu dibeli di sebuah kedai pakaian di Tambun. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI