fbpx

Ramai guru jadi mangsa jenayah siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

IPOH – Sebanyak 3,150 orang guru menjadi mangsa scam di seluruh negara bagi tahun 2021 hingga April tahun ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdul Muie Ngah berkata, kebanyakan daripada mangsa penipuan itu merupakan guru-guru pencen.

“Menurut data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), statistik bagi 2021 hingga April 2024 menunjukkan seramai 2,418 orang terpedaya dengan scammer jenis modus operandi jenayah siber dan 257 orang untuk jenis modus operandi jenayah kewangan termasuk 475 untuk jenis modus operandi jenayah pelaburan.

“Angka ini satu angka yang agak besar dan membimbangkan,” katanya pada Ceramah Anti Scam terhadap Warga Pendidik di SMK Yuk Choy di sini semalam.

Menurutnya, sebagai langkah pencegahan, semua guru perlu sedar dan mengetahui apakah taktik penipuan scammer agar tidak terjebak dengan tipu daya jenayah dalam talian itu.

ABDUL Muie Ngah (depan empat dari kiri) dan Wan Munadi (depan empat dari kanan) bergambar bersama guru-guru pada majlis Ceramah Anti Scam terhadap Warga Pendidik di SMK Yuk Choy di Ipoh.

Katanya, guru-guru perlu lebih berhati-hati selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam yang akan bermula pada 1 Disember depan

Program yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri seramai 1400 guru dari negeri Perak merupakan kerjasama KPM bersama YGMB dan PDRM untuk membantu guru-guru supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket scammer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI