fbpx

Kendalian kargo Southpoint tumbuh sebanyak 59 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Shah (dua dari kanan) berbual dengan pelabur dan pelanggan Southport baru-baru ini.

PETALING JAYA- Southpoint yang merupakan kemudahan pelabuhan di Pelabuhan Klang yang dikendalikan oleh Northport Malaysia Bhd (NorthPort), telah mencapai rekod pengendalian kargo bulanan tertinggi iaitu peningkatan sebanyak 59.1 peratus pada Mei lalu.

Sejumlah 297,337 Metrik Tan (MT) kargo pada Mei lalu telah mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 289,826 MT yang telah dicatatkan pada Ogos 2001.

Pencapaian Southpoint ini adalah disebabkan oleh peningkatan ketara dalam pengendalian pukal kering kargo yang mencatatkan 147,545 MT pada Mei 2024, meningkat 105.8 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif  Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, segmen kargo pukal cecair dan pecah pukal juga mencatatkan pertumbuhan yang positif pada Mei lalu dengan peningkatan masing-masing sebanyak 42.1 peratus dan 7.3 peratus berbanding Mei tahun lepas.

“Dari segi jenis kargo, bahan biojisim, khususnya tempurung isirong sawit, didaftarkan pertumbuhan tertinggi dengan 84,415 MT, peningkatan 193 peratus berbanding Mei tahun lalu.

“Pencapaian luar biasa Southpoint pada Mei 2024 adalah bukti komitmen kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengembangkan penawaran perkhidmatan kami. 

“Peningkatan ketara dalam jumlah pengendalian kargo, terutamanya dalam segmen pukal kering, menyerlahkan keberkesanan inisiatif strategik kami, termasuk penubuhan Biojisim Hab Logistik di Southpoint,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Azman menjelaskan, Hab Logistik Biojisim di Southpoint yang telah diperkenalkan pada tahun 2018 itu adalah inisiatif strategik mereka untuk memanfaatkan potensi industri biojisim yang dapat membawa kepada era baharu amalan mampan dan daya tahan ekonomi.

Katanya, kejayaan Southpoint kini adalah sebahagian daripada usaha transformasi dan pemulihan yang berterusan bertujuan untuk meningkatkan keupayaannya dan meluaskan jangkauan perdagangan serantaunya.

“Ketika kami meraikan kejayaan ini, kami tetap berdedikasi untuk penambahbaikan berterusan dan inovasi. Program ‘Reinventing Northport’ kami yang berterusan adalah bukti komitmen kami dalam usaha mengubah Northport menjadi pelabuhan ‘Lebih Selamat, Lebih Hijau, Lebih Pintar, Lebih Baik’,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI