fbpx

Keadaan kewangan Britain terburuk sejak 1945

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli-belah di Pasar Jalan Portobello, barat London pada 19 Ogos 2023. - AFP

LONDON – Kerajaan baharu Britain yang dipimpin oleh Parti Buruh mewarisi ekonomi terburuk sejak Perang Dunia Kedua, demikian menurut Canselor Perbendaharaan yang baru dilantik, Rachel Reeves seperti dilaporkan laman berita RT.

Reeves mengambil alih kewangan negara selepas Buruh memenangi 412 daripada 650 kerusi di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum minggu lalu. Ia sekali gus menamatkan pemerintahan 14 tahun Parti Konservatif.

“Saya telah berulang kali memberi amaran bahawa sesiapa yang memenangi pilihan raya umum akan mewarisi keadaan (pengurusan negara) terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

“Kami menyambung legasi 14 tahun yang huru-hara dan ekonomi tidak stabil,” kata Reeves sambil menuduh menuduh wakil-wakil rakyat Parti Konservatif sebagai bertindak atas kepentingan parti, dan bukannya negara.

Menurut Reeves, analisis perbendaharaan baharu yang diterimanya menunjukkan bahawa  dasar kerajaan terdahulu telah menyebabkan belanjawan Britain kehilangan sebanyak £58 bilion (RM349.1 bilion) bagi perolehan cukai pada 2023 sahaja. 

“Sedangkan wang itu yang boleh menggiatkan semula sekolah, hospital dan perkhidmatan awam yang lain.

“Pertumbuhan memerlukan pilihan yang sukar iaitu pilihan yang dielakkan oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Menurut laporan akhbar The Guardian, defisit Britain mencapai paras tertinggi sejak 1960-an di bawah lebih sedekad pemerintahan Parti Konservatif, manakala negara itu terjejas teruk oleh beberapa ‘kejutan’ termasuk Brexit, pandemik Covid-19 dan krisis kos sara hidup. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI