fbpx

‘Kalau single dapat durian free’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan gerai durian yang menawarkan durian percuma untuk orang single.

PETALING JAYA – Pelbagai cara peniaga durian mempromosikan raja buah itu, antaranya memberikan durian percuma kepada orang ‘single’.

Tular video di laman TikTok @Echaaaaaaaaaaaa yang menunjukkan satu kedai durian di Seberang Takir, Terengganu memberikan durian percuma kepada mereka yang tidak mempunyai pasangan.

Tertera tulisan yang diletakkan di tengah-tengah longgokan durian, ‘kalau single dapat free’.

“Abang betul ke kalau single dapat free?,” tanya wanita itu sambil disahut ya oleh peniaga durian tersebut.

Rata-rata yang menonton video itu tidak sabar untuk ke gerai durian tersebut dan terharu kerana peniaga berkenaan menghargai golongan ‘single’.

“Pertama kali rasanya ‘single’ dihargai, biasa asyik kena kerja lebih masa ganti orang cuti,” kata 93Alone.

“Kali pertama ‘single’ dihargai. Kat mana ni?,” kata Aisyah Zainudin.

“Baiknya, maybe durian dapat menyembuhkan hati single,” kata useraisyah208

“Yeayy single, kat mana ni nak pergi,” kata Batrishaaa.

Video berdurasi 1 minit 7 saat itu meraih jumlah tontonan sebanyak 274,300 dan 12,800 tanda suka.- KOSMO! ONLINE

@echa_achaaKorang yang single cepat pegi claim durian free ok !♬ original sound – Echaaaaaaaaaaaaaa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI