fbpx

Isteri Daim dibenar ke London, Venice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Na'imah ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Syakir Radin/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Toh Puan Na’imah Abdul Khalid yang juga isteri Tun Daim Zainuddin, dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapatkan sementara pasportnya untuk ke luar negara bertujuan bertemu peguam dan menghadiri pameran seni.

Isteri bekas Menteri Kewangan itu memohon pelepasan pasportnya untuk ke London, United Kingdom untuk berjumpa peguamnya Dave Vasoodaven daripada Gulbenkian Andonian Solicitors dan menghadiri Pameran Seni Antarabangsa, La Biennale di Venezia, Venice daripada 16 hingga 20 Julai ini.

Permohonan Na’imah itu dibenarkan oleh Hakim Azrul Darus selepas peguamnya, M. Puravalen memaklumkan bahawa anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula Ahad ini hingga 25 Julai.

Permohonn itu tidak dibantah oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd. Zamry.

Azrul memerintahkan Na’imah memulangkan pasport kepada mahkamah dengan segera dalam tempoh 48 jam selepas kembali ke tanah air pada 27 Julai ini.

Na’imah dalam afidavit sokongan permohonan itu, berkata beliau akan menghadiri pameran seni di Venice atas kapasiti Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Ilham.

Menurut Na’imah, ia sebuah yayasan bukan keuntungan yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja filantropi dan amal, termasuk mempromosikan dan pertukaran seni, budaya, dan pendidikan.

Katanya, alasan pemilihan tempoh itu adalah semata-mata kerana janji temu sudah ditetapkan mengikut ketersediaan pelbagai individu yang akan ditemuinya kelak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI