fbpx

HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Setakat ini, seramai 10 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata, individu berkenaan dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini untuk dirakam keterangan berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mereka terdiri daripada pegawai dan kakitangan HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

“Mereka tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini sekitar pukul 10 pagi tadi. Kesemua 10 individu terbabit sudah hadir beri keterangan,” katanya.

Sebelum ini, Hishamuddin memaklumkan, proses mengambil keterangan sepatutnya dibuat semalam tetapi ditangguhkan hari ini.

Khamis lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Sementara PAC pula mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI