fbpx

Euro 2024: ‘Wasit curang’ punca Belanda tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van Dijk cuba melakukan bantahan ke atas pengadil perlawanan pada aksi bertemu England pada saingan Euro 2024 pagi tadi.

DORTMUND – Kapten Belanda, Virgil van Dijk menganggap keputusan berat sebelah pengadil perlawanan menjadi faktor utama pasukannya tewas 1-2 kepada England dalam aksi separuh akhir saingan Euro 2024 awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Signal Iduna Park itu, pengadil perlawanan, Felix Zwayer terlebih dahulu membuat keputusan untuk tidak memberikan sepakan penalti ketika Harry Kane diterjah Denzel Dumfries.

Bagaimanapun, Zwayer telah diarahkan untuk melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum pengadil dari Jerman itu mengubah keputusan dengan memberikan sepakan penalti kepada The Three Lions yang berjaya disempurnakan Kane.

Menurut Van Dijk, pengadil perlawanan seperti dihimpit rasa bersalah dengan keputusan tidak tepat yang dilakukan apabila segera menuju ke bilik persalinan.

“Saya tidak tahu untuk berkata apa atau patutkah saya meluahkan rasa tidak puas hati? Namun, anda boleh lihat sendiri bagaimana pengadil terus keluar padang selepas wisel penamat dan kami tidak sempat untuk berjabat tangan.

“Secara peribadi, saya lihat beberapa keputusan yang dibuat tidak tepat dan telah menghukum pasukan. Situasi ini menyukarkan usaha pasukan untuk menang sekali gus mara ke pentas akhir.

“Mereka (pengadil) sentiasa mengubah keputusan tanpa memberikan alasan yang kukuh. Mungkin sudah tiba masanya ada peraturan untuk pengadil bercakap kepada media seperti pemain selepas perlawanan,” kata Van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI