fbpx

Euro 2024: England mara ke final buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN gantian, Ollie Watkins muncul wira England apabila meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Belanda pada aksi separuh akhir Euro 2024, sebentar tadi. - AFP

DORTMUND – England memastikan pentas final kejohanan Eropah buat kali kedua berturut-turut selepas menyingkirkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir Euro 2024 di Signal Iduna Park, sebentar tadi.

Kejayaan itu jelas menutup keraguan terhadap pengendalinya, Gareth Southgate malah sikap pemain yang kekal tidak berputus asa juga menjadi kunci utama kepada pencapaian baik England pada edisi kali ini.

Pada dua aksi kalah mati sebelum ini, kesemua tiga gol England dihasilkan pada 10 minit terkahir dan tuah sama terus berulang di pentas separuh akhir dengan menyaksikan bintang Aston Villa, Ollie Watkins muncul wira The Three Lions.

OLLIE Watkins (jersi putih) meraikan jaringannya bersama pemain simpanan England selepas bantu pasukan mara ke final Euro 2024. – AFP

Permulaan perlawanan agak menarik dengan menyaksikan Belanda berjaya membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi bintang mudanya, Xavi Simons.

Bagaimanapun, kekasaran Denzel Dumfries memaksa pengadil perlawanan, Felix Zwayer membuat penilaian Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum memberikan sepakan penalti buat England dan kesempatan pada minit ke-18 itu berjaya disempurnakan dengan baik oleh Harry Kane.

Walaupun The Three Lions dilihat lebih menguasai permainan, tiada sebarang tambahan jaringan mampu dihasilkan untuk memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan 1-1 bagi tempoh 45 minit pertama.

Minit ke-65, pertahanan Belanda, Virgil Van Dijk bijak memanfaatkan kelebihan fizikal dimilikinya untuk menyambar sepakan percuma percuma Joey Veerman namun Jordan Pickford pamerkan ketangkasan untuk menyelamatkan England daripada bolos buat kali kedua.

Berbaki 10 minit terakhir, Southgate membuat keputusan agak drastik apabila memasukkan Cole Palmer dan Watkins bagi menggantikan Kane serta Phil Foden.

Sebaik aksi memasuki minit terakhir babak kedua, percaturan Southgate akhirnya membuahkan hasil apabila Watkins meledak gol kemenangan The Three Lions. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI