fbpx

Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu jadi wakil rakyat Bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bersatu - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Enam bekas Ahli Parlimen yang dilucutkan keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.

Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Bebas-Labuan) pada sidang media hari ini menegaskan, mereka tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan menjadi wakil rakyat Bebas susulan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kerusi mereka tidak perlu dikosongkan.

“Perkara 49A jelas bahawa kami tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia melanggar perkara 49A. Apa yang kami perjuangkan sehingga menyebabkan kami menjadi Ahli Parlimen bebas adalah soal peruntukan Ahli Parlimen,” katanya di Parlimen hari ini.

Turut hadir empat lagi Ahli Parlimen terlibat iaitu Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), manakala Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) tidak hadir.

Suhaili seterusnya menegaskan, kedudukan mereka dalam Dewan Rakyat sebagai wakil rakyat Bebas tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau berkata, keenam-enam mereka malah akur sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat memutuskan mereka tidak perlu berpindah kerusi dan kekal di blok pembangkang.

“Yang menjadikan kami Ahli Parlimen Bebas ialah Perikatan Nasional (PN). Jadi kedudukan kami dalam Dewan Rakyat terletak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan, pihaknya akan menggunakan saluran mahkamah bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tersebut.

April lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Pindaan membabitkan Perkara 10 perlembagaan parti tersebut dibuat selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang sebelum itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI