fbpx

Diet Vegan: Tak boleh berpegang makan daging adalah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Diet ‘vegan’ yang hanya mengambil sayur-sayuran sebagai pemakanan tidak menjadi masalah kepada umat Islam untuk diamalkan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bahkan sekiranya ia dapat memastikan kesihatan seseorang itu menjadi lebih stabil, maka lebih digalakkan untuk berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun pengamal diet ini tidak boleh berpegang dengan beberapa kepercayaan.

“Pertama, dia tidak boleh berpegang bahawa memakan daging itu adalah haram kerana Allah SWT melarang perbuatan mengharamkan apa yang halal di sisi syarak.

“Kedua, seorang vegetarian itu tidak boleh beriktikad bahawa meninggalkan produk bersumberkan haiwan itu lebih afdal, atau seseorang itu akan mendapat pahala jika meninggalkan produk bersumberkan haiwan, atau seorang vegetarian itu lebih dekat dengan Allah SWT, atau seumpamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi soal jawab agama pada aplikasi Alinarah bagi menjawab soalan pengirim mengenai hukum menjadi vegetarian.

Zulkifli berkata, pihak menekankan kedua-dua tegahan tersebut agar diet ‘vegan’tidak didasari dengan mana-mana unsur kepercayaan yang berselisih dengan kefahaman Islam yang sahih.

“Terdapat perbezaan besar antara orang yang tidak berminat untuk makan daging atau perlu mengurangkan pengambilan daging atas dasar kesihatan, dengan mereka yang tidak mengambil produk berasaskan haiwan serta tenusu atas dasar kepercayaan agama seperti Hindu.

“Sekiranya jelas perbahasan ini, maka kami katakan bahawa vegetarian itu dibenarkan dan tidak menjadi masalah selama mana tidak menyalahi syarak dan tidak memberikan sebarang mudarat pada kesihatan tubuh badan.

“Ia berbalik kepada kehendak peribadi yang mungkin terkadang lebih suka akan sayur-sayuran berbanding daging,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI