fbpx

Bapa Baby Syifaa bakal didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada Baby Syifaa akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok susulan kes penyelewengan dalam urusan yuran guaman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun tersebut bakal didakwa selepas mendapat arahan pertuduhan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan lelaki tersebut ditahan di ibu negara oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Aktivis yang memperjuangkan kes penganiayaan itu didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat YY Community Center.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes bahkan tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya menyedari perkara itu selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Sebelumnya, kes kematian Baby Syifa meraih simpati daripada orang ramai setelah bayi tersebut disahkan meninggal dunia kerana lehernya tersangkut pada buaian ketika tidur di pusat asuhan pada 22 Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI