fbpx

‘Bahagian mana saya tidak baca?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahagian Perlembagaan yang tidak dibaca oleh beliau berhubung akta anti lompat parti.

Muhyiddin dalam satu hantaran berkata, perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya (ceases to be a member) maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan.

“Selaras dengan peruntukan ini, Bersatu telah membuat pindaan perlembagaan parti untuk memasukkan keadaan di mana wakil rakyat Bersatu terhenti keahliannya serta-merta apabila gagal mematuhi arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Antara arahan bertulis yang diberikan kepada mereka ialah supaya menarik balik sokongan yang diberikan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kerana itu bercanggah dengan dasar parti dan mandat rakyat yang memilih mereka,” katanya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, sekiranya Ahli Parlimen berkenaan menarik balik sokongan itu dalam tempoh yang ditetapkan maka keahlian parti berkenaan kekal.

“Itulah semangat yang tersurat dan tersirat dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. Masalahnya mereka dengan sengaja tidak mematuhi arahan parti dengan berterusan menyokong pihak parti lawan.

“Maka terhentilah keahlian mereka dalam Bersatu secara serta-merta mengikut peruntukan Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu dan berlakulah kekosongan kerusi mereka di Dewan Rakyat menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Saya faham betul peruntukan perlembagaan ini. Yang tak faham ialah Anwar,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar dilaporkan mengingatkan Muhyiddin supaya membaca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhannya bagi memahami keputusan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI