fbpx

Anwar minta Bersatu baca tafsiran Perlembagaan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir pada majlis perasmian program Global Madani Forum 2024 di Hotel Sunway Putra. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya membaca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai akta anti lompat parti secara keseluruhan.

Beliau berkata, keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri adalah berlandaskan undang-undang.

“Kalau pentaksiran perlembagaan dan undang-undang perlu dibaca seluruhnya, jangan pilih satu ditinggalkan yang lain seperti mana dilakukan oleh Pimpinan Bersatu semalam. Dia ikut undang-undang, bukan soal Perdana Menteri, ketua pembangkang. Ikut tafsiran undang-undang, itu serah kepada Speaker.

“Saya tidak tahu mengapa dipilih untuk baca sebahagian dan tinggal sebahagian, mungkin itu memang kaedah kerja politik Bersatu, macam cerita BlackRock dia cerita sebagian dia tinggal sebahagian, itu tidak betul . Baca yang sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Global Madani Forum 2024, di sini hari ini.

Selain itu, Anwar memberitahu Pakatan Harapan (PH) sendiri semasa di bawah pembangkang pernah mancadangkan supaya mana-mana ahli parti yang dipecat terus digugurkan secara automatik.

“Semasa itu kami di pembangkang mahu masukkan sesiapa yang dipecat itu automatik gugur, ditentang oleh Bersatu ketika itu dan sebab itu dimasukkan dalam terkecuali, jadi kena baca perlembagaan.

“Saya tidak terlibat dalam perbincangan itu, tetapi yang terlibat daripada wakil kerajaan pada masa itu ada, termasuk Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang sekarang TYT (Tuan Yang Terutama) Sarawak, sebelah kita Saifuddin Nasution ada, sebelah sana Takiyuddin ada, jadi mereka tahu kita yang berkeras mahu tetapi mereka menentang ” katanya.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa partinya memutuskan untuk mengambil langkah susulan melantik pakar-pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan parti.

Katanya, keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat amat mengecewakan kerana jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI