fbpx

Ambil serius teguran LKAN dan PAC, laksana pembetulan pantas – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah berucap pada majlis perhimpunan bulanan Petra di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) supaya mengambil serius teguran dibuat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, warga Petra juga perlu melaksanakan tindakan mitigasi dan pembetulan dengan pantas berkaitan teguran itu.

Menurutnya, laporan itu secara khusus melibatkan 16 isu pengurusan air negara termasuk Projek Pembangunan Sumber Air – Lewat Jadual, Skim Bekalan Air Tawau, Projek Pembangunan Bekalan Air yang lewat jadual dan Projek Peningkatan Kualiti Air yang lewat jadual.

“Isu lain termasuk kadar rizab margin yang sangat rendah, air tidak berhasil (NRW), pelanggaran parameter air terawat dan pencemaran sumber air oleh lima punca tetap,” katanya.

Teks ucapan Fadillah dibacakan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir pada majlis perhimpunan bulanan Petra di sini, hari ini.

Katanya, Petra juga mempunyai satu teguran audit yang dilaporkan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) yang dijangka akan dibentangkan pada tengahari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI