fbpx

Ali XPDC dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan rock terkenal XPDC, Ali dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas pagi semalam.

Isteri Ali iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memberitahu, Ali mengalami serangan jantung ketika mendapatkan rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

“Suami mengadu sesak nafas pagi semalam dan saya terus membawanya ke hospital untuk rawatan.

“Pihak hospital kemudian melakukan ujian ECG (Elektrokardiogram) dan mendapati dia mengalami serangan jantung,” katanya.

Berikutan itu, Ali dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dia masih boleh berjalan dan makan seperti biasa. Keadaannya dilihat stabil biarpun menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sharifah turut menjelaskan tujuan mereka berada di Ipoh adalah untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Ali kemudian disaran oleh seorang ustaz agar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana dipercayai mempunyai masalah organ dalaman.

Untuk info, Ali mula mengalami masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI