fbpx

Millah Abraham rekrut ahli di kedai kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah (dua dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampasdaripada pengikut Millah Abraham semalam.

SEREMBAN – Ajaran sesat Millah Abraham yang difatwakan bercanggah dengan agama Islam pada 2019 dipercayai merekrut pengikut dalam kalangan mereka yang mempunyai keinginan mempelajari serta mendalami ilmu agama.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, ini berikutan terdapat kecenderungan masyarakat ketika ini yang ingin mempelajari ilmu agama daripada pelbagai sumber.

Menurutnya, kesempatan itu digunakan oleh penyebar ajaran Millah Abraham untuk dijadikan sebagai tempat rujukan bagi individu yang berminat mempelajari agama sedangkan mereka berjumpa dengan guru yang salah.

“Saya ingin menyeru orang ramai khususnya orang islam di negeri ini jika berhasrat belajar agama cari guru yang mempunyai tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

“Kita takut jika mereka ini bertemu dengan guru yang tidak membawa ajaran dan kefahaman Islam yang sebenar. Jika berlaku kekeliruan dia (guru bertauliah) boleh merujuk pihak berkuasa agama negeri ,” katanya kepada pemberita semalam.

Dalam operasi semalam, pihak berkuasa agama Negeri Sembilan itu menahan tiga beranak di Tampin dan Jempol pukul 6 petang semalam dipercayai anggota kumpulan Millah Abraham.

Penyebar ajaran Millah Abraham tidak menjadikan rumah sebagai markas, sebaliknya berjumpa pengikut baharu secara peribadi di restoran atau kedai kopi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI