fbpx

8 maut dibadai Taufan Beryl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang pegawai polis memeriksa talian elektrik yang terputus di sepanjang Jalan Termini-San Luis Pass susulan Taufan Beryl pada 9 Julai. - Getty Images

AUSTIN, TEXAS – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh akibat Taufan Beryl yang membadai selatan Amerika Syarikat (AS), manakala hampir tiga juta penduduk terputus bekalan elektrik, demikian menurut saluran televisyen NDTV semalam. 

“Beryl melanda Texas pada awal Isnin lalu sebagai taufan yang meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa. 

“Seorang lagi terkorban di negeri Louisiana,” kata pihak berkuasa. 

Angka kematian akibat Taufan Beryl kini meningkat kepada 18 orang selepas ia mencetuskan kemusnahan di negara-negara rantau Caribbean pada minggu lalu. 

Sementara itu, kira-kira 2.2 juta isi rumah di Texas terputus bekalan elektrik kelmarin akibat kerosakan  grid kuasa. 

Di Louisiana pula, sekitar 14,000 rumah turut terputus bekalan elektrik. 

Bagaimanapun, tempat-tempat perlindungan dilengkapi penyaman udara disediakan untuk penduduk yang terjejas sementara mereka menunggu bekalan elektrik dipulihkan. 

Pusat Taufan Kebangsaan AS mengeluarkan amaran bahawa Beryl masih boleh menyebabkan pembentukan puting beliung dan banjir kilat.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI