fbpx

50 laporan aduan libat ‘kaki skodeng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 laporan telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Mei lalu berhubung aduan menghendap.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, daripada jumlah aduan tersebut, sebanyak empat membabitkan pelaku wanita.

“Pendakwaan pertama bagi kesalahan itu dibuat pada Ogos tahun lalu,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) tentang kajian dan statistik mengikut jantina, demografi dan umur pelaku Akta Anti-Menghendap dan Akta Gangguan Seksual.

Terdahulu, Nancy berkata, sebanyak 43 daripada kes berkenaan membabitkan pelaku lelaki, empat laporan dibuat terhadap empat wanita, manakala jantina tiga lagi pelaku tidak dapat dikenal pasti.

Jelas beliau, jantina dan umur pelaku tidak dapat dikenal pasti kerana pelbagai faktor antaranya kerana perlakuan jenayah menghendap dilakukan secara dalam talian.

Kata beliau, bagi pecahan pelaku mengikut umur pula, seramai 30 orang berumur 18 tahun dan ke atas, 20 aduan tidak diketahui umur dan tiada pelaku berumur bawah 18 tahun.

Menurut beliau, Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) dikuatkuasakan sepenuhnya pada 8 Mac lalu dan sebanyak empat aduan gangguan seksual telah diterima oleh Tribunal bagi Antigangguan Seksual.

“Pecahan data menunjukkan bagi keempat-empat aduan, pelaku atau respondennya adalah lelaki berumur 18 tahun ke atas.

“Sejak pengoperasian Tribunal bagi Antigangguan Seksual, sesi pendengaran kes kali pertama dibuat pada 23 Mei 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI