fbpx

15 syarikat dipilih laksana RTB babit kos RM1.245 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah bergambar bersama warga Petra pada perhimpunan bulanan kementerian berkenaan di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 buah syarikat telah dipilih bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di tujuh negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia melibatkan pelaksanaan RTB di Johor, Selangor, Kelantan, Kedah, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan membabitkan kos kontrak sebanyak RM1.245 bilion.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, projek RTB itu perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan.

“Projek ini juga diharap dapat menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam,” katanya.

Teks ucapan Fadillah dibacakan Timbalan Menteri Petra, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir pada majlis perhimpunan bulanan Petra di sini, hari ini.

Pada majlis sama, 15 buah syarikat berkenaan telah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang turut disaksikan Akmal Nasrullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI