fbpx

12 pekerja asing di stesen minyak ditahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja asing yang ditahan dalam operasi JIM kelmarin. FOTO oleh JIM

PETALING JAYA – Seramai 12 pekerja asing di sebuah stesen minyak yang menawarkan khidmat mencuci kenderaan di sebuah lebuh raya, di sini, ditahan dalam operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen (JIM).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi dilakukan 17 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pukul 12 tengah hari kelmarin.

Katanya, 12 orang warga asing ini telah diperiksa dan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki suatu pas atau dokumen yang sah bagi memasuki Malaysia.

Selain itu, mereka juga didapati melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat-syarat pas.

“Kesemua yang ditahan merupakan warga Bangladesh berusua lingkungan 25 hingga 35 tahun. Lokasi serbuan merupakan premis stesen minyak yang menawarkan khidmat mencuci kenderaan.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung warga asing yang bekerja di premis tersebut disyaki tidak memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI