fbpx

10,036 individu tolak tawaran tunai haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seramai 10,036 orang menolak tawaran menunaikan haji bagi musim 1445H/2024M yang dikeluarkan kepada 31,600 individu di bawah kuota rasmi negara diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, individu terbabit memohon menangguhkan tawaran atas pelbagai faktor seperti kesihatan, kewangan, peribadi, urusan keluarga, pendidikan anak, masalah cuti dan ada tidak menjawab tawaran.

Sehubungan itu, kata beliau, Lembaga Tabung Haji (TH) merancang memaklumkan tawaran haji dua tahun lebih awal daripada tahun giliran bagi mengatasi isu tersebut.

“Semua pendeposit TH tanpa mengira peringkat umur boleh membuat pendaftaran haji dan akan dipilih untuk menunaikan fardu haji apabila tiba giliran tahun yang diperuntukkan kepada mereka berdasarkan prinsip yang mendaftar dahulu akan didahulukan.

“Walaupun segala persediaan telah dilakukan untuk pergi menunaikan haji, masih terdapat bakal jemaah haji menangguhkan tawaran haji atas pelbagai sebab terutama kerana tidak dapat memenuhi syarat istito’ah.

“Jika mereka menunda atau menangguh panggilan haji pada tahun semasa, peluang jemaah haji berkenaan masih ada untuk tahun akan datang tertakluk kepada kekosongan,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berhubung bilangan calon jemaah haji yang mendapat tawaran dan bilangan calon yang menolak tawaran pada 2024.

Mohd. Na’im menjelaskan, rancangan memaklumkan tawaran haji dua tahun lebih awal daripada tahun giliran antara yang terkandung dalam Blueprint Haji bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan TH.

Kata beliau, langkah itu akan memberi masa kepada bakal jemaah untuk mencukupkan simpanan bagi kos haji dan membuat persediaan daripada segi kesihatan serta keperluan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI