fbpx

Wira Fun Walk 24 kumpul dana bantu kebajikan KRD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. Syed Azman Syed Ibrahim (tiga dari kiri) mengibarkan bendera tanda pelepasan peserta Program Program Amal ‘Wira Fun Walk 24’.

PETALING JAYA – Seramai 3,000 peserta terdiri daripada individu dan korporat memeriahkan Program Amal ‘Wira Fun Walk 24’ yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Program anjuran Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia (YKRDM) yang julung kalinya diadakan itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu menjaga kebajikan warga serta veteran Kor Risik Diraja (KRD) dan keluarga selain kakitangan awam yang berkhidmat dengan KRD.

Pengasas Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia (YKRDM), Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim berkata, pihaknya tidak menyangka akan menerima sambutan luar biasa daripada peserta biarpun program itu pertama kali diadakan pihaknya dalam usaha mengisi tabung dana.

“Sambutan sungguh luar biasa saya difahamkan dan saya harap dapat kita teruskan lagi pelbagai aktiviti pada masa akan datang.

“Selain acara berjalan kaki, pelbagai aktiviti menarik turut ditawarkan antaranya gerai jualan, pameran motor berkuasa tinggi serta sesi senaman zumba,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Program Amal ‘Wira Fun Walk 24’ itu turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kumpulan Syarikat Weststar bersama-sama KRD dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sepanjang program itu juga, pelbagai aktiviti telah disusun atur seperti solat Subuh Macam Jumaat, pameran motosikal Harley Davidson oleh DK Biker, pameran kereta berkuda, zumba dan cabutan bertuah.

Sementara itu, Pengerusi YKRDM, Datuk Kamarudin Mohamed berkata, beliau berterima kasih dan menyambut baik kerjasama daripada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Katanya, berdasarkan sambutan yang baik, YKRDM mewar-warkan kepada semua pihak yang sudi untuk bersama YKRDM terlibat pada program-program akan datang bagi membantu menjaga kebajikan warga serta veteran kor risik diraja dan keluarga selain kakitangan awam yang berkhidmat dengan KRD.

Kebersamaan dan kesepaduan itu, tambah beliau, menjadi satu motivasi bagi YKRDM secara amnya terus berkembang menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan akan terus aktif untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial dari masa ke semasa khusus bertujuan untuk meningkatkan dana secara berkala.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI