fbpx

Wanita bertinggung atas tembok Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berjaya diselamatkan orang awam selepas ditemui bertinggung atas tembok Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.

GEORGE TOWN – Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dari tembok Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau di sini, petang tadi.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an sebelum itu dilihat bertinggung di atas tembok jambatan seorang diri dan meninggalkan keretanya jenis Honda HR-V berwarna hitam di tepi laluan berkenaan, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Mangsa berjaya dipujuk dan diselamatkan pengguna jalan sebelum membawanya ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapat rawatan.

Difahamkan, polis telah menerima maklumat awal daripada orang awam namun sehingga petang ini mangsa belum hadir membuat laporan berhubung kejadian berlaku.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 50 saat yang memaparkan mangsa yang memakai baju-t berwarna kuning dan berseluar pendek berada dalam keadaan murung sedang dipujuk orang awam di dalam kereta dipercayai miliknya.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. -KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI