fbpx

[VIDEO] Sudah bela diri, saya tarik rayuan – Dai Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Syed, rayuan perintah bela diri tuduhan rogol ditarik balik kerana sudah tidak lagi kompeten untuk diteruskan.

PETALING JAYA – “Saya sudah membela diri.”

Demikian kata pendakwah selebriti Dai Syed apabila diminta mengulas tentang penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.

Menurut Syed atau nama lengkapnya, Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, rayuan ditarik balik kerana sudah tidak lagi kompeten untuk diteruskan.

“Saya sudah penat dan letih naik turun mahkamah. Memang saya menarik rayuan itu kerana saya sudah lakukan pembelaan. Pada asalnya, saya sudah membuat rayuan, tetapi prosidingnya pada Julai.

“Jadi, bila saya sudah membela diri pada Jun, maka rayuan itu sudah tidak kompeten. Maka, saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan menarik balik rayuan itu.

“Saya telah melakukan yang terbaik untuk pembelaan saya pada Jun lalu,” katanya yang ditemui pada majlis doa selamat dan sidang akhbar filem Dajal: Satu Malam Dipedajal.

Ditanya sama ada prosedur mahkamah mengenai dua pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang penuntut kolej swasta masih berlangsung, Syed berkata, semuanya dijangka selesai pada penghujung Ogos.

“Saya pun tidak pasti bagaimana hendak jawab. Tahun lalu, semasa sesi pendakwaan saya sudah dibebaskan dan dilepaskan.

“Namun, pihak pendakwaraya membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi dan memerintahkan saya untuk membela diri.

“Jadi, saya selesai bela diri pada Jun dan keputusan akan keluar pada akhir Ogos,” katanya.

Meskipun kes mahkamah masih berjalan kehidupannya berjalan seperti biasa dan teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan isteri, Hana Ismail.

“Itu qada dan qadar yang Allah bagi kepada saya sebagai ujian untuk saya. Saya pun bakal menimang cahaya mata dalam beberapa minggu lagi.

“Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian, tetapi hidup saya berjalan seperti biasa. Alhamdulillah dapat tawaran berlakon filem pertama kali.

“Saya doakan kehidupan saya dan keluarga kecil dipermudahkan. Doakan saya,” katanya.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di i-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI