fbpx

[VIDEO] Lebih 300 iringi perjalanan akhir Akil Syauqi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurain menyiram air mawar di kubur anaknya, Muhammad Akil Syauqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling malam ini.

BALING – Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, yang maut akibat termakan makanan ringan dicampur racun tikus selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, di sini pukul 9.45 malam tadi.

Perjalanan akhir kanak-kanak itu disaksikan kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, rakan serta penduduk setempat.

Turut mengiringi jenazah ialah ibu arwah, Nurain Hasnorizal, 25.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Surau Lebai Ahmad yang terletak bersebelahan tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah Muhammad Akil Syauki tiba di rumah datuk dan neneknya di kampung tersebut dari Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 6 petang tadi.

Sementara itu, datuk arwah, Hasnorizal Ab Wahab, 46, ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebumian cucunya berjalan lancar.

“Syukur alhamdulillah urusan pengebumian selesai, saya reda,” katanya ringkas.

Ibu arwah, Nurain bagaimanapun enggan ditemu bual.

Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Sementara adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan masih kritikal dan sedang dirawat di hospital sama.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, dua beradik itu kritikal selepas menikmati jajan dicampur racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI