fbpx

Tun Mahathir genap 99 tahun hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir. - FACEBOOK

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lahir pada 10 Julai 1925 genap usia 99 tahun hari ini.

Bagaimanapun, tarikh kelahiran rasmi beliau direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Lebih unik, tarikh lahir isteri tersayang, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pula jatuh dua hari selepas sambutan istimewa Dr. Mahathir.

Dr. Siti Hasmah akan menyambut hari lahir yang ke-98 pada Jumaat ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir berkongsi rahsia beliau dalam memastikan tahap kesihatan diri sentiada berada para paras maksimum dengan bersederhana dalam pengambilan makanan serta melakukan senaman.

Tokoh politik tersebut merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia dan menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.

Pada 2018, Dr. Mahathir dilantik sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Hasil perkahwinan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, pasangan tersebut dikurniakan tujuh cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI