fbpx

Trendzok tawar khidmat penstriman langsung bantu usahawan e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhruddin Afiq

PETALING JAYA – Syarikat media dan kreatif bumiputera, Trendztok menawarkan perkhidmatan penstriman langsung serta kemudahan studio kepada usahawan tempatan yang berminat untuk mempromosikan produk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Trendztok, Fakhruddin Afiq berkata, perkhidmatan tersebut disediakan bagi usahawan untuk memaksimumkan potensi perniagaan mereka melalui siaran langsung yang menarik serta berkualiti tinggi.

Katanya, kemudahan studio yang ditawarkan pihaknya kepada usahawan terlibat itu disediakan untuk platform e-dagang TikTok dan Shopee.

“Dengan pendekatan inovatif dan kepakaran dalam pengurusan media sosial serta ‘personal branding’, Trendztok memastikan setiap siaran langsung bukan sahaja menarik tetapi juga berkesan dalam menarik pelanggan dan meningkatkan jualan.

“Syarikat ini menjadi pilihan utama bagi usahawan yang ingin mengoptimumkan kehadiran mereka di platform digital dan memacu pertumbuhan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, bagi usahawan yang berminat boleh dapatkan info lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan syarikat ini, golongan usahawan dan orang ramai boleh melayari laman sesawang mereka di www.trendztok.com atau boleh ke laman sosial mereka di Trendztok Official. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI