fbpx

Taktik pura-pura bukan pekerja restoran gagal, 9 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diperiksa dalam serbuan di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja cuba melarikan diri, malah ada juga warga asing menggunakan taktik mengaku sebagai bukan pekerja ketika dicekup pihak berkuasa dalam operasi di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini, semalam.

Helah tersebut bagaimanapun dipatahkan apabila pemantauan awal mengesahkan lelaki berkenaan mengendalikan mesin juruwang premis terbabit.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan sekitar pukul 9.45 malam itu dianggotai 10 anggota berpandukan hasil aduan orang awam.

Katanya, seramai sembilan warga asing ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Tangkapan membabitkan tujuh lelaki warga Pakistan dan dua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun. Mereka dipercayai berperanan sebagai pekerja di premis tersebut.

“Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan melanggar syarat-syarat pas ditetapkan dan tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya kepada Kosmo!.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (AKTA 155)

Tambah Wan Mohammed Saupee, kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

“Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap majikan di bawah Seksyen 55B 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki pas yang sah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI